Perkongsian & hebahan maklumat untuk kebaikan bersama telah dibuat bagi memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat mendapat informasi bagaimana mencapai keberkesanan dalam proses penjimatan tenaga dan dalam masa yang sama mendapat faedah optimum daripada penjimatan tersebut.
REFLEKSI :
Pertandingan ini bukan sahaja membuka ruang persaingan sihat di antara sekolah-sekolah terlibat tetapi membuka minda semua pihak untuk sama-sama menilai dan mencari alternatif untuk menjaga kelestarian bumi dan memastikan konsep Bumi Hijau terus berkekalan agar generasi akan datang akan dapat menikmati faedah yang sama seperti generasi hari ini.
Amalan penjimatan yang dipupuk sepanjang program ini berlangsung juga, diharap akan menjadi amalan mulia setiap individu dalam masyarakat agar diamalkan secara berterusan dalam membentuk masyarakat prihatin dan berhemah dalam semua aspek penjimatan tenaga.
Antara usaha untuk mempromosikan PROGRAM KECEKAPAN TENAGA
kepada masyarakat DPM
Banting untuk mempromosikan Pertandingan Program Cekap Tenaga 2013 |
Banner untuk Promosi |
Banner hasil design' guru SMKDPM untuk tujuan promosi Program Cekap Tenaga 1 Malaysia |
No comments:
Post a Comment