SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAT LESTARI SEKOLAH LESTARI PENJANA GENERASI TERBILANG

Monday 30 April 2012

Program Penghasilan Enzim


     
                 OBJEKTIF: MENDEDAHKAN MURID TEKNIK PENGHASILAN ENZIM 
                                       SECARA SEMULAJADI

TEKNIK:

*Kulit buah-buahan yang digunakan perlu ditimbang untuk mendapat hasil yang baik.
 
*Ketelitian perlu dalam menghasilkan enzim yang berkualiti

 *Penghasilan enzim yang mengikut teknik yang betul boleh digunakan dalam jangka masa panjang




Pelajar yang sangat berdedikasi dalam penghasilan enzim - aktiviti sekolah
              HASILNYA...
                          Enzim... yang dihasilkan ini dapat
digunakan sebagai serbuk pencuci tanpa merosakkan alam sekitar dan tidak memberi kesan kepada kesihatan manusia.

WIRA ALAM ( 2009 - 2011) - antara aktiviti lestari sekolah

WIRA ALAM TAHAP 3 : Projek kitar semula, kajian tentang hidupan sungai,Penghijauan sekolah, kebun organik dan Kajian Alam.

WIRA ALAM TAHAP 3

WIRA ALAM TAHAP 2 : Berkenalan dengan pokok, lawatan, Projek 5R, rantaian makanan

WIRA ALAM TAHAP 2
OBJEKTIF:
—Menyediakan peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara individu atau berkumpulan dalam aktiviti perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.
—Menarik minat dan memotivasi pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan alam sekitar. 
—Mendekatkan pelajar dengan masyarakat, selaras dengan konsep "Masyarakat Penyayang".
 Menghargai sumbangan para pelajar dalam bidang alam sekitar. 



WIRA ALAM TAHAP 1 : Wira alam dalam diri. 
Kenali dan fahami. Kebersihan alam, iklim, penggunaan tenaga.

WIRA ALAM TAHAP 1

















Malaysian Book Of Record - MUDBALL

menyingkap 1001 kisah...guru dan pelajar yang bertungkus lumus menghasilkan 'MUDBALL' . Mudball ini akan digunakan untuk tujuan kebersihan sistem pengaliran dan memastikan kesinambungan alam lestari..

teknik penghasilan mudball





kesungguhan Pelajar menghasilkan mudball dengan dipantau dan dibantu oleh guru-guru



Antara mudball yang berjaya dihasilkan oleh pelajar



 
pelajar dapat Memahami fungsi “mudballs” dalam memelihara keseimbangan ekosistem sungai dan laut


PENGHASILAN BARANGAN DARI BAHAN KITAR SEMULA



KreaTiViti MeNjaNa MindA ReMaja 

Objektif

a)    Menanamkan sifat berkerjasama antara rakan dan guru.
b)    Mengcungkil bakat murid dalam menghasilkan sesuatu      
  hasil dengan menggunakan bahan kitar semula.
c)    Meningkatkan sikap keyakinan pada diri murid agar berani dan tabah menghadapi sebarang masalah.

      Program ini menjadi aktiviti tahunan sebagai salah satu cara memupuk rasa menyayangi alam sekitar dalam jiwa warga SMKDPM. 

penghasilan botol ber zip'
penghasilan bekas penyimpanan
Pelajar sentiasa menunjukkan minat positif dalam usaha sekolah mencerna minda lestari dan kreatif dalam jiwa pelajar

MINDA KREATIF PELAJAR BERMULA DARI ALAM SEMULAJADI

PROGRAM BUMI HIJAU 'Gerbang Sayuran Pendidikan Khas'

Bermula tahun  2009, Guru-guru, staf dan pelajar pendidikan khas telah membina Gerbang Sayuran sebagai salah satu program yang menyokong usaha menjaga kelestarian Alam sekitar.
Projek ini adalah kesinambungan program Bumi Hijau yang diusahakan oleh Program Pendidikan khas yang bermula sejak 2007.  Setiap tahun Program Bumi Hijau ini bertukar-tukar temanya.  Selain daripada mencantikkan kawasan bangunan pendidikan khas projek ini bertujuan untuk menanam minat murid-murid khas kepada pertanian bercucuk tanam dan mencintai alam sekeliling.
Gerbang Sayuran....usaha pelajar-pelajar dan staf pendidikan Khas
Projek ini dimulakan selepas cuti pertengahan Pengga1.  Projek ini diusahakan oleh pelajar-pelajar khas yang tinggal di asrama.