SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAT LESTARI SEKOLAH LESTARI PENJANA GENERASI TERBILANG

Monday 20 May 2013

PROGRAM BERSAMA SABAH ELECTRICITY SDN BHD - PROGRAM 'SAVE THE ENERGY'


Puan Naimah menerima Cenderahati dari Pengurus Kanan Rangkaian Multimedia, SESB
Pn Naimah Haji Din selaku Penasihat Program menerima Cenderahati dari En Sofian Abd Ghani (Pengurus Kanan Rangkaian Multimedia SESB, Kota Kinabalu, Selepas Program "Save Te Energy" tamat. 


Kuiz dan soal jawab bersama En Nizam Atailah, Jurutera SESB




   Pelajar mendaftar bersama SESB

Penyelaras Program : En Jason Yau

Program "Save The Energy' ini adalah program khas yang dilaksana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga SMKDPM berkaitan Kaedah Penjimatan Tenaga secara Cekap dan Berkesan. Maklumat Program adalah seperti berikut :

Nama Program : Save The Energy
Tarikh : 15 Mei 2013
Tempat : Dewan Harmoni
Aktiviti : Taklimat Kecekapan & Penjimatan Tenaga Secara Berkesan
Aktiviti Kuiz bersama SESB
Aktiviti Soal Jawab bersama murid

REFLEKSI PROGRAM :
Program ini telah memberi input yang sangat besar kepada semua warga sekolah termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Kolaborasi tenaga antara pihak sekolah dan pihak SESB diharap mampu memberi kesan positif terhadap amalan mulia penjimatan tenaga. Kuiz yang diberikan serta aktiviti soal jawab bersama murid memberi peluang kepada murid menonjolkan idea dan inovasi terhadap keadaan semasa dunia menghadapi isu kekurangan tenaga berbanding kepadatan penduduk yang majoritinya menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan harian. 

No comments:

Post a Comment