SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAT LESTARI SEKOLAH LESTARI PENJANA GENERASI TERBILANG

Thursday 11 July 2013

ANTARA PROMOSI-PROMOSI KECEKAPAN TENAGA DI SEKOLAH

Amalan Kecekapan Tenaga di sekolah diteruskan melalui amalan pengekalan yang berterusan. Setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Kerjasama sebagai rakan sepasukan dalam melaksanakan promosi di sekolah amat memberi kesan positif kepada seluruh warga sekolah terutamanya murid-murid yang memerlukan bimbingan dan panduan.

Menghargai cahaya yang masih kita miliki

Peralatan Cekap Tenaga

Lampu Cekap Tenaga

Saturday 15 June 2013

HASIL IDEA DAN PEMBENTANGAN PELAJAR REKA CIPTA

Idea Guru : Menerapkan Budaya Cekap Tenaga & Menghargai Alam Sekitar merentas kurikulum.
  
Mengadakan sesi sumbangsaran bersama pelajar membincangkan bagaimana cara terbaik mencari alternatif berkesan mengurangkan penggunaan bil elektrik @ menggunakan elektrik secara berhemah dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. Murid diminta melakar idea dan konsep, seterusnya membentangkan hasil di hadapan kelas. Murid juga diminta berfikir, apakah kaitan antara kelestarian alam sekitar dengan penjimatan tenaga elektrik.

REFLEKSI :

Murid Rekacipta mampu mencari idea dan mengeluarkan pendapat bagaimana cara mengurangkan peggunaan tenaga dalam masa yang sama menjaga kelestarian bumi. Idea digarap dalam hasil lukisan/lakaran manakala konsep dipersembahkan melalui pembentangan ringkas.

Tenaga Solar - Pembentangan Pertama

Peti Sejuk Mesra Alam - Pembentang kedua

Lampu Meja - Idea Pembentang ketiga

Hidro Elect - Idea Pembentang ke 4

H'W Lamp - Idea Pembentang ke5



KEMPEN & PROMOSI

Murid membantu dalam menjalankan kempen Penjimatan Tenaga di sekolah

Amalan yang ingin diterapkan kepada warga SMKDPM

Thursday 23 May 2013

PROMOSI KEPADA WARGA SEKOLAH & MASYARAKAT SETEMPAT

Perkongsian & hebahan maklumat untuk kebaikan bersama telah dibuat bagi memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat mendapat informasi bagaimana mencapai keberkesanan dalam proses penjimatan tenaga dan dalam masa yang sama mendapat faedah optimum daripada penjimatan tersebut.

REFLEKSI :
Pertandingan ini bukan sahaja membuka ruang persaingan sihat di antara sekolah-sekolah terlibat tetapi membuka minda semua pihak untuk sama-sama menilai dan mencari alternatif untuk menjaga kelestarian bumi dan memastikan konsep Bumi Hijau terus berkekalan agar generasi akan datang akan dapat menikmati faedah yang sama seperti generasi hari ini.

Amalan penjimatan yang dipupuk sepanjang  program ini berlangsung juga, diharap akan menjadi amalan mulia setiap individu dalam masyarakat agar diamalkan secara berterusan dalam membentuk masyarakat prihatin dan berhemah dalam semua aspek penjimatan tenaga.

Antara usaha untuk mempromosikan PROGRAM KECEKAPAN TENAGA
kepada masyarakat DPM

Banting untuk mempromosikan Pertandingan  Program Cekap Tenaga 2013

Banner untuk Promosi

Banner hasil design' guru SMKDPM untuk tujuan promosi
Program Cekap Tenaga 1 Malaysia

Tuesday 21 May 2013

KUIZ & RISALAH BERMAKLUMAT - PROGRAM SEKOLAH CEKAP TENAGA 1 MALAYSIA

SOALAN KUIZ - yang diberikan kepada pelajar untuk menguji minda dan pengetahuan mereka

RISALAH BERMAKLUMAT - cara & amalan kecekapan tenaga 
REFLEKSI :
  • Selain POSTER, BANNER dan BLOG LESTARI, Risalah ini juga menjadi salah satu alternatif kepada sekolah untuk menghebahkan ilmu dan pengetahuan berkaitan teknik kecekapan tenaga yang boleh diamalkan oleh semua warga sekolah bagi mengurangkan penggunaan tenaga dalam masa yang sama mengoptimumkan faedah yang diperoleh hasil penjimatan tersebut.
  • Setiap kelas dilekatkan dengan RISALAH ini bertujuan memberi pendedahan semaksimum mungkin kepada murid agar lebih prihatin terhadap amalan harian mereka.
  • Murid bertugas perlu memastikan lampu dan kipas ditutup pada waktu rehat dan pulang. Murid juga dididik mendisiplinkan diri dan menjadikan amalan kecekapan tenaga ini sebagai amalan harian yang perlu diadaptasi bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di rumah. 

Monday 20 May 2013

PROGRAM 'LABELING'

melekat LABEL pada setiap soket elektrik

Penanda buku

Nama Program : Program Labeling
Lokasi : SMK Datuk Peter Mojuntin (sekolah dan asrama)

Refleksi Program :
Selaras dengan program 5 S sekolah yang dirasmikan awal tahun lalu, semua peralatan/sambungan elektrik dilabel untuk memberi peringatan kepada murid dan kakitangan sekolah agar lebih prihatin terhadap penggunaan tenaga elektrik. Tujuan utama program adalah menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar mampu mengelakkan pembaziran tenaga elektrik yang tidak terkawal serta membentuk disiplin dalam kalangan warga sekolah agar selaras dengan visi sekolah lestari.

Warga SMK DPM sentiasa memberi komitmen untuk menjayakan setiap program sekolah



Tandas Guru SMK Datuk Peter Mojuntin - Label penjimatan ini telah lama dilekatkan sejak 2010 (sentiasa dipantau dan diperbaiki jika rosak)
Kebersihan dan kekemasan bilik-bilik khas berada di bawah

pemantauan setiap penyelaras yang dilantik.

PERTANDINGAN & AKTIVITI MENGHASILKAN POSTER 'TEKNIK PENJIMATAN TENAGA'










POSTER MURID TINGKATAN (1A)
POSTER MURID TINGKATAN (1A)


Nama Program : Pertandingan Poster Kreatif Teknik Penjimatan Tenaga
Tarikh : 15 April - 19 April 2013
terbuka kepada murid tingkatan 1 & 2 (sidang Petang)
Refleksi Program :
Pertandingan menghasilkan poster cara penjimatan tenaga ini adalah salah satu inisiatif sekolah untuk mencungkil bakat dan potensi murid bagi menonjolkan idea berkesan bagaimana cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga tetapi dalam masa yang sama mendapat faedah dan kebaikan yang lebih baik. daripada strategi pengurangan tenaga tersebut. Murid perlu berfikir dan melukis serta mencari idea / inovasi bagaimana untuk menghasilkan poster kreatif bermaklumat ini.