SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAT LESTARI SEKOLAH LESTARI PENJANA GENERASI TERBILANG

Saturday 27 April 2013

PELAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH SEKOLAH CEKAP TENAGA di Sekolah

LANGKAH 1
Lapan orang pelajar bersama dua guru pengiring mewakili sekolah menghadiri Taklimat Sekolah Cekap Tenaga 1 Malaysia pada 24 & 25 Februari 2013.

PROGRAM INI BERADA DI BAWAH UNIT LESTARI SEKOLAH 
PERTANDINGAN INI ADALAH SALAH SATU USAHA UNTUK MENJAGA KELESTARIAN BUMI DI SAMPING MEMBINA KESEDARAN MANUSIA BERKAITAN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK.




LANGKAH 2
Maklumat berkaitan Pertandingan Anugerah Sekolah Cekap Tenaga ini telah disebarkan pada
27 Februari 2013 melalui POSTER di sekolah.
SYARAT & PANDUAN PERTANDINGAN


@ Tunai RM1000 diserahkan kepada sekolah untuk pelaksanaan aktiviti Jimat Tenaga.

@ Laporan Eksekutif telah disediakan untuk memaklumkan pihak sekolah berkaitan Program Tenaga Cekap 1 Malaysia. - (27 Februari 2013)

@ Maklumat dan Taklimat awal secara terperinci telah diberikan kepada Ketua Bidang TEKVO dan Ketua Bidang SAINS - 28 Februari 2013

@ Panduan & Syarat Pertandingan dipamerkan untuk pengetahuan semua warga sekolah. - 27 Februari 2013

@ Ketua Bidang Tekvo dan Ketua Bidang Sains telah berbincang bersama PK HEM untuk membentuk jawatankuasa Khas Tenaga Cekap Sekolah.
(Mac 2013)

@ Warga sekolah mendapat informasi melalui Maklumat yang dilekatkan di papan Kenyataan dan taklimat khas yang diberi oleh Cikgu Zawani di Mesyuarat Pagi pada 4 Mac 2013 serta taklimat ringkas oleh cikgu Umie di Mesyuarat Lestari Sekolah pada 12 Mac 2013.

@ Edaran bahan yang telah diperbanyakkan & Maklumat berkaitan Syarat Pertandingan yang diterima semasa taklimat telah diberikan kepada semua guru sidang pagi dan petang agar semua pihak mendapat informasi yang jelas. (ketika taklimat cikgu Zawani pada mesyuarat morning prayer
4 Mac 2013)



LANGKAH 3


Borang SOAL SELIDIK telah dihantar kepada pihak CETREE bertempat di Pulau Pinang
pada 15 MAC 2013



LANGKAH 4

Sekolah menjalankan & melaksanakan langkah penjimatan tenaga melalui aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa yang dibentuk.

@ Label disemua peralatan elektrik dilekat
@ Pelajar diberi kesedaran untuk memastikan disiplin memasang & menutup lampu semasa berada dan keluar dari kelas.
@ VIDEO tenaga Teknologi Hijau dipersembahkan sempena hari lestari sebagai kempen kesedaran tentang penjimatan tenaga.
@ POSTER kempen dilekatkan
@ IKLAN dan SEBARAN maklumat melalui jaringan sekolah kluster serta Blog sekolah digunakan sebagai medium perkongsian maklumat agar lebih cepat dan ringkas.
@ Guru dan pelajar sama-sama mengamalkan kempen jimat tenaga ini di sekolah mahupun di rumah
@ Informasi berkaitan langkah penjimatan tenaga diberi oleh guru-guru sebagai kempen penjimatan tenaga merentasi pdp di dalam kelas
@ Pendinigin hawa dipasang lewat dan ditutup awal sebelum pulang
@ Video Tenaga Hijau dikongsi semasa sambutan hari Lestari Sekolah untuk memberi maklumat kepada warga sekolah.
@ Sempena menghargai Hari BUMI pada 22 APRIL,  lampu dan kipas serta pendingin hawa ditutup secara serentak pada jam 11.50 pagi (jumaat) 19 April 2013

ANTARA POSTER-POSTER INFORMASI


PROMOSI & SEBARAN MAKLUMAT PERTANDINGAN TURUT DIBUAT MELALUI ATAS TALIAN ( BLOG RASMI SEKOLAH ) UNTUK PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN SEKOLAH JARINGAN.

BLOG RASMI SEKOLAH

BLOG JARINGAN SKOLAH KLUSTER - ST ANN LABUAN

BLOG LESTARI SMKDPM


LANGKAH SETERUSNYA...
Dokumentasi Pelaporan Aktiviti pada 15 Jun 2013
serta pemantauan dari pihak Cetree ke sekolah terpilih berdasarkan laporan yang diterima.

Pihak sekolah akan terus melaksanakan kaedah Penjimatan Tenaga ini untuk kesejahteraan hidup seluruh warga sekolah secara khasnya, untuk kepentingan semua masyarakat umumnya, agar kelestarian bumi sentiasa terpelihara.
 Pihak sekolah juga sebenarnya telah lama mengamalkan budaya Penjimatan ini sejak tahun 2011 dimana murid dan warga pendidik telah dibiasakan menutup kipas dan lampu apabila keluar dari kelas, terutama pada waktu rehat atau perpindahan kelas ke makmal. Pendingin hawa juga di pasang lewat 1 jam waktu bekerja dan ditutup awal sebelum pulang.
Seterusnya Sekolah menyeru semua warga SMKDPM agar meneruskan budaya penjimatan ini agar menjadi amalan mulia di samping mampu memberi impak positif pada hidup generasi akan datang. 

LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTIRK

Gambar di bawah adalah antara usaha kreatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kempen penjimatan tenaga. Kita juga boleh melaksanakan perkara yang sama untuk melakukan penjimatan tenaga di sekolah & di rumah sebagai amalan hidup seharian.

Program SOLAR PV HOME ROOFTOPS


Menutup lampu di pejabat pada waktu malam, atau memasang sebahagian kecil lampu sahaja


Elak membiarkan mesin fotostat berada dalam keadaan MOD SEDIA



VIDEO LESTARI- TEKNOLOGI HIJAU
Cara Menjaga Kelestarian ALAM SEKITAR
MENGAMALKAN KECEKAPAN TENAGA DI RUMAH

Sila Beri Perhatian kepada perkara di bawah :
1. Elak memasang pendingin hawa sepanjang malam dengan suhu terlalu rendah
2. Kurangkan mandi air panas
3. Elak memasang kipas terlalu kuat
4. Jangan terlalu lama membiarkan peti sejuk terbuka
5. Cuci pakaian dalam kadar yang sesuai- jangan terlalu sikit kerana membazir elektrik dan air 

* Jadikan ia amalan hidup anda

PROSES PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA

carta alir proses pertandingan :


•Pihak JPN memilih lima buah sekolah
•Aktiviti bengkel cekap tenaga
•Sekolah menubuhkan jawatankuasa pelaksana
•Sekolah menjalankan aktiviti penjimatan tenaga.
•Penghantaran laporan daripada pihak sekolah
•Penilaian 10 buah sekolah yang terbaik.
•Penilaian di lokasi / lawatan tapak dan temuduga
•Majlis Penganugerahan Sekolah Cekap Tenaga 1 Malaysia.



Keputusan juri pertandingan adalah muktamad.
Hadiah pertandingan :
  i. JOHAN
  - RM8000, plak dan sijil
  ii. NAIB JOHAN 
  - RM5000, plak dan sijil
  iii. TEMPAT KETIGA 
  - RM3000, plak dan sijil
   iv. SAGUHATI
  - RM1000 dan sijil untuk baki sekolah yang memasuki peringkat  
       akhir


LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH SEMUA WARGA SEKOLAH ADALAH :

@MEMUPUK KESEDARAN UNTUK MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK SECARA CEKAP DAN BERHEMAH.

@MENCARI FAKTOR KETIDAKCEKAPAN TENAGA SERTA MENCARI ALTERNATIF BAGAIMANA CARA KREATIF MENGURANGKAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK

(CONTOH FAKTOR KETIDAKCEKAPAN : TINGKAP PECAH DIBILIK BERHAWA DINGIN)  
(CARA ATASI : GANTI SEGERA YANG BARU)
(CONTOH : MENUKAR LAMPU FILAMEN DENGAN KALIMANTANG YANG LEBIH JIMAT TENAGA)

SMK Datuk Peter Mojuntin telah menyertai Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga.
Pertandingan ini bermula MAC 2013 sehingga OGOS 2013.
Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak termasuk warga sekolah, masyarakat setempat serta masyarakat dunia umumnya betapa pentingnya kita menghargai dan mengawal penggunaan tenaga elektrik agar kelestarian alam semula jadi terpelihara untuk generasi akan datang.

Kesan Pemanasan GLOBAL akibat Pembaziran Tenaga Elektrik


oPencairan awal “glaciers” dan salji
oKemarau dan kekurangan bekalan air
oSuhu permukaan laut yang lebih panas boleh menghasilkan ribut dan taufan yang lebih kencang
oPeningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pantai
oKehilangan kawasan/pulau bertanah rendah seperti negara-negara Scandinavia, Bangladesh dan Maldives
oSerangga perosak mengancam teruk pertanian dan perladangan (mengancam keselamatan makanan), dan penyakit vektor baru berpunca dari nyamuk
oPelupusan flora dan fauna