LANGKAH 1
Lapan orang pelajar bersama dua guru pengiring mewakili sekolah menghadiri Taklimat Sekolah Cekap Tenaga 1 Malaysia pada 24 & 25 Februari 2013.
PROGRAM INI BERADA DI BAWAH UNIT LESTARI SEKOLAH
PERTANDINGAN INI ADALAH SALAH SATU USAHA UNTUK MENJAGA KELESTARIAN BUMI DI SAMPING MEMBINA KESEDARAN MANUSIA BERKAITAN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK.
LANGKAH 2
Maklumat berkaitan Pertandingan Anugerah Sekolah Cekap Tenaga ini telah disebarkan pada
27 Februari 2013 melalui POSTER di sekolah.
SYARAT & PANDUAN PERTANDINGAN
SYARAT & PANDUAN PERTANDINGAN
@ Tunai RM1000 diserahkan kepada sekolah untuk pelaksanaan aktiviti Jimat Tenaga.
@ Laporan Eksekutif telah disediakan untuk memaklumkan pihak sekolah berkaitan Program Tenaga Cekap 1 Malaysia. - (27 Februari 2013)
@ Maklumat dan Taklimat awal secara terperinci telah diberikan kepada Ketua Bidang TEKVO dan Ketua Bidang SAINS - 28 Februari 2013
@ Panduan & Syarat Pertandingan dipamerkan untuk pengetahuan semua warga sekolah. - 27 Februari 2013
@ Ketua Bidang Tekvo dan Ketua Bidang Sains telah berbincang bersama PK HEM untuk membentuk jawatankuasa Khas Tenaga Cekap Sekolah.
(Mac 2013)
@ Ketua Bidang Tekvo dan Ketua Bidang Sains telah berbincang bersama PK HEM untuk membentuk jawatankuasa Khas Tenaga Cekap Sekolah.
(Mac 2013)
@ Warga sekolah mendapat informasi melalui Maklumat yang dilekatkan di papan Kenyataan dan taklimat khas yang diberi oleh Cikgu Zawani di Mesyuarat Pagi pada 4 Mac 2013 serta taklimat ringkas oleh cikgu Umie di Mesyuarat Lestari Sekolah pada 12 Mac 2013.
@ Edaran bahan yang telah diperbanyakkan & Maklumat berkaitan Syarat Pertandingan yang diterima semasa taklimat telah diberikan kepada semua guru sidang pagi dan petang agar semua pihak mendapat informasi yang jelas. (ketika taklimat cikgu Zawani pada mesyuarat morning prayer
4 Mac 2013)
4 Mac 2013)
LANGKAH 3
Borang SOAL SELIDIK telah dihantar kepada pihak CETREE bertempat di Pulau Pinang
pada 15 MAC 2013
pada 15 MAC 2013
LANGKAH 4
Sekolah menjalankan & melaksanakan langkah penjimatan tenaga melalui aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa yang dibentuk.
@ Label disemua peralatan elektrik dilekat
@ Pelajar diberi kesedaran untuk memastikan disiplin memasang & menutup lampu semasa berada dan keluar dari kelas.
@ VIDEO tenaga Teknologi Hijau dipersembahkan sempena hari lestari sebagai kempen kesedaran tentang penjimatan tenaga.
@ POSTER kempen dilekatkan
@ IKLAN dan SEBARAN maklumat melalui jaringan sekolah kluster serta Blog sekolah digunakan sebagai medium perkongsian maklumat agar lebih cepat dan ringkas.
@ IKLAN dan SEBARAN maklumat melalui jaringan sekolah kluster serta Blog sekolah digunakan sebagai medium perkongsian maklumat agar lebih cepat dan ringkas.
@ Guru dan pelajar sama-sama mengamalkan kempen jimat tenaga ini di sekolah mahupun di rumah
@ Informasi berkaitan langkah penjimatan tenaga diberi oleh guru-guru sebagai kempen penjimatan tenaga merentasi pdp di dalam kelas
@ Informasi berkaitan langkah penjimatan tenaga diberi oleh guru-guru sebagai kempen penjimatan tenaga merentasi pdp di dalam kelas
@ Pendinigin hawa dipasang lewat dan ditutup awal sebelum pulang
@ Video Tenaga Hijau dikongsi semasa sambutan hari Lestari Sekolah untuk memberi maklumat kepada warga sekolah.
@ Video Tenaga Hijau dikongsi semasa sambutan hari Lestari Sekolah untuk memberi maklumat kepada warga sekolah.
@ Sempena menghargai Hari BUMI pada 22 APRIL, lampu dan kipas serta pendingin hawa ditutup secara serentak pada jam 11.50 pagi (jumaat) 19 April 2013
ANTARA POSTER-POSTER INFORMASI
PROMOSI & SEBARAN MAKLUMAT PERTANDINGAN TURUT DIBUAT MELALUI ATAS TALIAN ( BLOG RASMI SEKOLAH ) UNTUK PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN SEKOLAH JARINGAN.
BLOG RASMI SEKOLAH
BLOG JARINGAN SKOLAH KLUSTER - ST ANN LABUAN
BLOG LESTARI SMKDPM
LANGKAH SETERUSNYA...
Dokumentasi Pelaporan Aktiviti pada 15 Jun 2013
serta pemantauan dari pihak Cetree ke sekolah terpilih berdasarkan laporan yang diterima.
Pihak sekolah akan terus melaksanakan kaedah Penjimatan Tenaga ini untuk kesejahteraan hidup seluruh warga sekolah secara khasnya, untuk kepentingan semua masyarakat umumnya, agar kelestarian bumi sentiasa terpelihara.
Pihak sekolah juga sebenarnya telah lama mengamalkan budaya Penjimatan ini sejak tahun 2011 dimana murid dan warga pendidik telah dibiasakan menutup kipas dan lampu apabila keluar dari kelas, terutama pada waktu rehat atau perpindahan kelas ke makmal. Pendingin hawa juga di pasang lewat 1 jam waktu bekerja dan ditutup awal sebelum pulang.
Seterusnya Sekolah menyeru semua warga SMKDPM agar meneruskan budaya penjimatan ini agar menjadi amalan mulia di samping mampu memberi impak positif pada hidup generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment