SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAT LESTARI SEKOLAH LESTARI PENJANA GENERASI TERBILANG

Thursday, 23 May 2013

PROMOSI KEPADA WARGA SEKOLAH & MASYARAKAT SETEMPAT

Perkongsian & hebahan maklumat untuk kebaikan bersama telah dibuat bagi memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat mendapat informasi bagaimana mencapai keberkesanan dalam proses penjimatan tenaga dan dalam masa yang sama mendapat faedah optimum daripada penjimatan tersebut.

REFLEKSI :
Pertandingan ini bukan sahaja membuka ruang persaingan sihat di antara sekolah-sekolah terlibat tetapi membuka minda semua pihak untuk sama-sama menilai dan mencari alternatif untuk menjaga kelestarian bumi dan memastikan konsep Bumi Hijau terus berkekalan agar generasi akan datang akan dapat menikmati faedah yang sama seperti generasi hari ini.

Amalan penjimatan yang dipupuk sepanjang  program ini berlangsung juga, diharap akan menjadi amalan mulia setiap individu dalam masyarakat agar diamalkan secara berterusan dalam membentuk masyarakat prihatin dan berhemah dalam semua aspek penjimatan tenaga.

Antara usaha untuk mempromosikan PROGRAM KECEKAPAN TENAGA
kepada masyarakat DPM

Banting untuk mempromosikan Pertandingan  Program Cekap Tenaga 2013

Banner untuk Promosi

Banner hasil design' guru SMKDPM untuk tujuan promosi
Program Cekap Tenaga 1 Malaysia

Tuesday, 21 May 2013

KUIZ & RISALAH BERMAKLUMAT - PROGRAM SEKOLAH CEKAP TENAGA 1 MALAYSIA

SOALAN KUIZ - yang diberikan kepada pelajar untuk menguji minda dan pengetahuan mereka

RISALAH BERMAKLUMAT - cara & amalan kecekapan tenaga 
REFLEKSI :
  • Selain POSTER, BANNER dan BLOG LESTARI, Risalah ini juga menjadi salah satu alternatif kepada sekolah untuk menghebahkan ilmu dan pengetahuan berkaitan teknik kecekapan tenaga yang boleh diamalkan oleh semua warga sekolah bagi mengurangkan penggunaan tenaga dalam masa yang sama mengoptimumkan faedah yang diperoleh hasil penjimatan tersebut.
  • Setiap kelas dilekatkan dengan RISALAH ini bertujuan memberi pendedahan semaksimum mungkin kepada murid agar lebih prihatin terhadap amalan harian mereka.
  • Murid bertugas perlu memastikan lampu dan kipas ditutup pada waktu rehat dan pulang. Murid juga dididik mendisiplinkan diri dan menjadikan amalan kecekapan tenaga ini sebagai amalan harian yang perlu diadaptasi bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di rumah. 

Monday, 20 May 2013

PROGRAM 'LABELING'

melekat LABEL pada setiap soket elektrik

Penanda buku

Nama Program : Program Labeling
Lokasi : SMK Datuk Peter Mojuntin (sekolah dan asrama)

Refleksi Program :
Selaras dengan program 5 S sekolah yang dirasmikan awal tahun lalu, semua peralatan/sambungan elektrik dilabel untuk memberi peringatan kepada murid dan kakitangan sekolah agar lebih prihatin terhadap penggunaan tenaga elektrik. Tujuan utama program adalah menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar mampu mengelakkan pembaziran tenaga elektrik yang tidak terkawal serta membentuk disiplin dalam kalangan warga sekolah agar selaras dengan visi sekolah lestari.

Warga SMK DPM sentiasa memberi komitmen untuk menjayakan setiap program sekolah



Tandas Guru SMK Datuk Peter Mojuntin - Label penjimatan ini telah lama dilekatkan sejak 2010 (sentiasa dipantau dan diperbaiki jika rosak)
Kebersihan dan kekemasan bilik-bilik khas berada di bawah

pemantauan setiap penyelaras yang dilantik.

PERTANDINGAN & AKTIVITI MENGHASILKAN POSTER 'TEKNIK PENJIMATAN TENAGA'










POSTER MURID TINGKATAN (1A)
POSTER MURID TINGKATAN (1A)


Nama Program : Pertandingan Poster Kreatif Teknik Penjimatan Tenaga
Tarikh : 15 April - 19 April 2013
terbuka kepada murid tingkatan 1 & 2 (sidang Petang)
Refleksi Program :
Pertandingan menghasilkan poster cara penjimatan tenaga ini adalah salah satu inisiatif sekolah untuk mencungkil bakat dan potensi murid bagi menonjolkan idea berkesan bagaimana cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga tetapi dalam masa yang sama mendapat faedah dan kebaikan yang lebih baik. daripada strategi pengurangan tenaga tersebut. Murid perlu berfikir dan melukis serta mencari idea / inovasi bagaimana untuk menghasilkan poster kreatif bermaklumat ini. 

PROGRAM ' ASRAMA - CEKAP TENAGA'

Murid menjawab soalan berkaitan alam sekitar dan jimat tenaga

Kuiz khas untuk murid asrama

Nama Program : Asrama - Cekap Tenaga
Tarikh pelaksanaan : 19 Mei 2013
Lokasi : Asrama SMK Datuk Peter Mojuntin
Refleksi Program :
Pendedahan maklumat penjimatan tenaga kepada murid asrama adalah bertujuan menanam nilai dan amalan penjimatan tenaga secara lebih mendalam kepada murid-murid ini agar dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di sekolah. Murid juga dididik dengan disiplin dan toleransi agar sama-sama dapat menjayakan visi sekolah lestari bagi menjana pelajar cemerlang. Dengan adanya program seperti ini, murid dapat dididik agar lebih menghargai sumber tenaga dan kelestarian alam sekitar agar lebih terpelihara.


En Mohd Fadly Fauzi - Penceramah
Kuiz Cekap Tenaga secara berkumpulan





PROGRAM BERSAMA SABAH ELECTRICITY SDN BHD - PROGRAM 'SAVE THE ENERGY'


Puan Naimah menerima Cenderahati dari Pengurus Kanan Rangkaian Multimedia, SESB
Pn Naimah Haji Din selaku Penasihat Program menerima Cenderahati dari En Sofian Abd Ghani (Pengurus Kanan Rangkaian Multimedia SESB, Kota Kinabalu, Selepas Program "Save Te Energy" tamat. 


Kuiz dan soal jawab bersama En Nizam Atailah, Jurutera SESB




   Pelajar mendaftar bersama SESB

Penyelaras Program : En Jason Yau

Program "Save The Energy' ini adalah program khas yang dilaksana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga SMKDPM berkaitan Kaedah Penjimatan Tenaga secara Cekap dan Berkesan. Maklumat Program adalah seperti berikut :

Nama Program : Save The Energy
Tarikh : 15 Mei 2013
Tempat : Dewan Harmoni
Aktiviti : Taklimat Kecekapan & Penjimatan Tenaga Secara Berkesan
Aktiviti Kuiz bersama SESB
Aktiviti Soal Jawab bersama murid

REFLEKSI PROGRAM :
Program ini telah memberi input yang sangat besar kepada semua warga sekolah termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Kolaborasi tenaga antara pihak sekolah dan pihak SESB diharap mampu memberi kesan positif terhadap amalan mulia penjimatan tenaga. Kuiz yang diberikan serta aktiviti soal jawab bersama murid memberi peluang kepada murid menonjolkan idea dan inovasi terhadap keadaan semasa dunia menghadapi isu kekurangan tenaga berbanding kepadatan penduduk yang majoritinya menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan harian. 

Friday, 17 May 2013

JAWATANKUASA PROGRAM PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA


Jawatankausa yang melaksanakan Program & Aktiviti cekap Tenaga di sekolah dengan dibantu oleh semua warga SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

Penaung : Puan Nurani Fauziah Derin ( Pengetua )
Penasihat : Puan Naimah Haji Din ( Pk HEM )
                 Puan Fay Hameliene Mogindol ( PkP )

Penyelaras : En Jason Yau (Ketua Bidang Sains)
Setiausaha : Cik Umie Kalsum Bte Saidina Othman ( Guru ict )
Setiausaha : Cik Leong Lei Ling (Guru P.Khas )

AJK Promosi & Aktiviti : Cik zawani Mamat ( Kaunseling )
                                       Cik Suzana Tai ( G.Akademik ting 6)
                                       Pn Adriana Paut ( Guru Matematik )

AJK Label : Puan Shahrul Azua ( S.Sukan)
AJK Jurugambar : En Martin Gumpil ( Guru Matematik)
                            En Jesson Hintanau ( P.Khas)
AJK Pemantauan Pelaksanaan : Cik Fauziah Mahrop (Pk Petang)
                                                 Semua Pentadbir
                                                 Ketua Pengawal Keselamatan Sekolah
AJK Pemantauan Bil Elektrik : En Ah Chin Liew (Ketua Warden Asrama)
                                               Pn Salmiah (Penyelia Asrama)
                                               En Haris (Ketua Kerani)