SMK Datuk Peter Mojuntin telah menyertai Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga.
Pertandingan ini bermula MAC 2013 sehingga OGOS 2013.
Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak termasuk warga sekolah, masyarakat setempat serta masyarakat dunia umumnya betapa pentingnya kita menghargai dan mengawal penggunaan tenaga elektrik agar kelestarian alam semula jadi terpelihara untuk generasi akan datang.
Kesan Pemanasan GLOBAL akibat Pembaziran Tenaga Elektrik
oPencairan awal “glaciers” dan salji
oKemarau dan kekurangan bekalan air
oSuhu permukaan laut yang lebih panas boleh menghasilkan ribut dan taufan yang lebih kencang
oPeningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pantai
oKehilangan kawasan/pulau bertanah rendah seperti negara-negara Scandinavia,
Bangladesh dan Maldives
oSerangga perosak mengancam teruk pertanian dan perladangan (mengancam keselamatan makanan), dan penyakit vektor baru berpunca dari nyamuk
oPelupusan flora dan fauna
No comments:
Post a Comment