| Murid menjawab soalan berkaitan alam sekitar dan jimat tenaga |
| Kuiz khas untuk murid asrama |
Nama Program : Asrama - Cekap Tenaga
Tarikh pelaksanaan : 19 Mei 2013
Lokasi : Asrama SMK Datuk Peter Mojuntin
Refleksi Program :
Pendedahan maklumat penjimatan tenaga kepada murid asrama adalah bertujuan menanam nilai dan amalan penjimatan tenaga secara lebih mendalam kepada murid-murid ini agar dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di sekolah. Murid juga dididik dengan disiplin dan toleransi agar sama-sama dapat menjayakan visi sekolah lestari bagi menjana pelajar cemerlang. Dengan adanya program seperti ini, murid dapat dididik agar lebih menghargai sumber tenaga dan kelestarian alam sekitar agar lebih terpelihara.
| En Mohd Fadly Fauzi - Penceramah |
No comments:
Post a Comment